Bapa Jahanam, Rogol Anak Seminggu Tiga Kali -
LONDON : Dua wanita Britain yang dirogol
dan didera oleh bapa mereka selama 25 tahun sehingga menyebabkan
kedua-duanya hamil sebanyak 18 kali mendapat satu permohonan maaf
daripada pihak berkuasa tempatan yang mengakui kesilapan kerana gagal
menghalang perbuatan sumbang mahram itu.
Maklumat lanjut mengenai penderaan itu telah didedahkan kelmarin pada
satu sebutan semula kes tersebut di sebuah mahkamah di sini.
“Kami mahu memohon maaf kepada keluarga itu dengan sepenuh hati dalam kes ini.
“Memang jelas bahawa kami gagal terhadap keluarga ini,” kata Ketua
Lembaga Penjaga Keselamatan Kanak-Kanak Sheffield, Sue Fiennes.
Kejadian itu berlaku pada 1981 semasa kedua-dua wanita berkenaan masih
kecil iaitu semasa mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.
Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua mereka dirogol dua sehingga tiga kali seminggu.
Jika menolak untuk dirogol, mereka akan dipukul, ditendang dan kadangkala didera dengan menggunakan api.
Menurut dokumen itu, keluarga tersebut berpindah sebanyak 67 kali sejak
35 tahun lalu bagi mengelak perbuatan itu dikesan dan menyebabkan bapa
mereka akan ditangkap.
0 comments:
Post a Comment